Madrasah At Taklimiah Al Khairiah

Kg. Tok Keling, Mukim Derga 05400 Alor Star, Kedah.
04-741 6944 / 019-495 1212 Cikgu Kamarul Halid Sakrani

HS/06/02-08

  • Taklimiah2
  • Taklimiah1
  • Taklimiah3
  • Taklimiah2
  • Taklimiah1
  • Taklimiah3

PENGENALAN
Madrasah At Taklimiah Al Khairiah (MTK) ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Allahyarham Ust.Hj.Mohamad Shauki bin Hj.Ibrahim (bekas ADUN Langgar). Madrasah ini merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat.

Sejarah penubuhan MTK bermula sekitar tahun 40-an. Ianya bermula atas daya usaha Allahyarham Tuan Guru Hj.Wahab b. Lebai Idris yang mewakafkan tanahnya untuk dijadikan tapak pengajian dan seterusnya menjemput Allahyarham Tuan Guru Haji Ibrahim (Ayahanda Allahyarham Ustaz Hj.Mohamad Shauki) untuk menetap dan membuka sebuah Pusat Pengajian di Kg.Tok Keling. Pada ketika itu pengajian dijalankan mengikut sistem pondok dan ianya berterusan sehinggalah ke tahun 1968.

Alhamdulillah, berkat keprihatinan, sokongan dan sumbangan daripada masyarakat, para dermawan dan para pencinta ISLAM, MTK semenjak penubuhannya pada tahun 1992 telah semakin dikenali dan diterima sebagai pusat pendidikan dan penyebaran dakwah oleh masyarakat umum. Syukur juga dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana hasil daripada kesedaran para ibubapa yang ingin melihat anak jagaan mereka membesar dengan didikan dan suasana ISLAM, permintaan dan kepercayaan terhadap MTK telah meningkat dari tahun ke setahun.

MTK kini bukan sahaja berperanan sebagai pusat pendidikan dan penyebaran dakwah tetapi telah melangkah setapak lagi dengan menjadi pusat untuk peperiksaan-peperiksaan  awam seperti PMR, SPM dan STAM. Kelebihan ini telah menjadikan MTK sebagai  tempat bersandar bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat yang lain menumpangkan calon-calon mereka yang berhasrat untuk menduduki peperiksaan-peperiksaan awam.

Semoga di dalam usianya yang masih muda belia, MTK akan terus berkembang maju dan menyumbang bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. Sesungguhnya MTK milik rakyat, hidup dengan sokongan rakyat dan berkhidmat demi rakyat.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.