Sek. Men. Agama Makarimul Akhlak

Pondok Tg. Hj. Abdullah Kechik 06500 Langgar, Alor Setar, Kedah.
04-7876193 04-7870322
013-592 0934 Ustaz Mumtaz Juhdi Muhammad

HS/05/35-11

PENGENALAN
Pada dasarnya sepertimana negeri-negeri Melayu yang lain khususnya Negeri Kedah Darul Aman dari daerah Kota Setar lahirlah seorang tokoh ulama yang telah menyebarkan perkembangan Islam melalui institusi pengajian “umumi’ (pondok) yang telah diasaskan pada tahun 1952M bersamaan 1371 oleh Tuan Guru Hj. Abdullah bin Hj. Yusuf atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Hj. Lah Kecik. Beliau merupakan salah seorang ulama terkenal di Negeri Kedah yang cuba mengorak langkah mengharungi cabaran untuk menyuburkan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat melalui kuliah yang di sampaikan.

Setelah beberapa tahun berlalu Pondok Tuan Guru Hj. Abdullah Langgar saban hari menerima kunjungan pelajar dari seluruh pelusuk tanahair. Jadual pengajiannya terlalu padat, bermula selepas solat subuh sehingga jam 10 malam dengan menggunakan kitab-kitab termasyhur karangan ulama-ulama terkenal seperti Iqna’, Jurumiah, Kawakib, Fathul Wahab, Ibnu Aqil, Jalalain, Hikam, Jauharul Mauhub dan lainnya. Para pelajar yang datang terdiri dari berbagai lapisan masyarakat sama ada golongan muda, remaja atau pun dewasa bahkan golongan warga emas tidak melepaskan peluang untuk memilih pondok Langgar sebagai destinasi persinggahan mereka untuk menimba ilmu pengetahuan disamping melakukan amal ibadat dengan lebih sempurna bersama Tuan Guru Hj. Abdullah demi mengharapkan keberkatan dan keredhaan Ilahi.

Pada tahun 1975 Tuan Guru Hj. Abdullah Langgar meninggal dunia, maka sistem pengajian pondok diteruskan oleh anak sulungnya Tuan Sheikh Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan “Pak Long”. Sistem pengajian diperluaskan skop pembelajarannya kepada pelajaran arab, agama dan akademik. Kejayaan demi kejayaan telah dinikmati oleh setiap generasi yang lahir dari institusi ini apabila dasar pendidikan terus diperjuangkan oleh menantunya Almarhum Tuan Sheikh Ismail bin Senawi sehinggalah ia dipanggil menghadap Ilahi pada 16 Ogos 2006.

Kini warisan menerajui dengan gandingan dan kerjasama serta jalinan persefahaman yang padu di antara anak dan cucu almarhum Tuan Guru Hj. Abdullah Kecik serta warga madrasah yang turut memerah keringat telah menambat keyakinan dikalangan para waris dan masyarakat apabila memilih institusi ini sebagai medan untuk meneruskan perjuangan mereka untuk mendapatkan didikan agama di bawah misi baru "Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak Melahirkan Pewaris Ulama dan Profesional Islam 2016".

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.