Pusat Rawatan & Pemulihan Nur Al-Barakah

Bangunan Persatuan Kebajikan Am, Mukim Haji Kudung, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah.
04-4374139
019-4609415 / 011-10749415 Ustaz Ahmad Fakhrurazi Md Arof)

HS/12/64-15

PENGENALAN
Pusat Rawatan & Pemulihan Nur Al Barakah merupakan sebuah institusi yang membangunkan modal insan pelajar menggunakan kaedah melalui rawatan Al Quran dan pembinaan kerohanian serta disiplin diri yang tinggi. Bermatlamat membawa remaja yang terlibat didalam kancah masalah sosial dan disiplin dapat kembali memacu potensi diri kearah menjadi insan rabbani dan berjaya didunia dan akhirat.

Institusi ini ditubuhkan pada Mac 2009 dengan menyewa bangunan di alamat Persatuan Kebajikan Am, Mukim Hj Kudung 08500 Kota Kuala Muda secara kontrak selama 10 tahun.

Institusi ini mempunyai kombinasi pentarbiahan keagamaan dan akademik yang seimbang. Ianya ditubuhkan bagi memenuhi keperluan aliran kotemporari pendidikan yang menekankan kepada tiga elemen utama iaitu pengamatan akhlak Rasulullah SAW. Intelektual psikologi dan konsep berdikari dalam aspek sosial budaya remaja.

Selain daripada itu, institusi ini amat menekankan jati diri daripada pelajar yang dijalankan secara langsung didalam pengajian dan pembelajaran. Pelbagai kursus intensif kemanusian dibentuk bagi memenuhi matlamat ini. Antaranya ialah muzakarah berkelompok, rehlah, perkhemahan, daurah dan sebagainya.

VISI
  • Mewujudkan Pusat Rawatan yang unggul, cemerlang, terbilang, dan berwawasan serta prihatin tentang kebajikan permasalahan remaja masa kini.
  • Melaksanakan penghayatan modul berubat, beribadat, dan beribadah bermujahadah ke jalan Allah.
  • Kejujuran, keikhlasan, kesejahteraan mampu melahirkan insan yang benar - benar bertakwa kepada Allah.

MISI
  • Menyediakan asas tradisi keilmuan Islam yang kukuh dan mantap dari segi kerohanian.
  • Menyediakan peluang kepada para pelajar bagi melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Melahirkan lebih ramai bakal ulama professional yang akan meneruskan susun jalur perjuangan Nabi Muhammad SAW.
  • Mendidik mereka hidup secara berdikari serta mewujudkan hubungan ukhuwah dalam diri mereka.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.