Madrasah Nurul Hidayah

Banggul Setul, Kg.Tembak 09300 Kuala Ketil, Kedah.
04-416 0442
019-475 4716 Ustaz Mohd. Zainon Ariffin

HS/13/09-08

  • Img Madnurulhidayah 1
  • Img Madnurulhidayah 2
  • Img Madnurulhidayah 3
  • Img Madnurulhidayah 4
  • Img Madnurulhidayah 5
  • Img Madnurulhidayah 6
  • Img Madnurulhidayah 7
  • Img Madnurulhidayah 8
  • Img Madnurulhidayah 9
  • Img Madnurulhidayah 1
  • Img Madnurulhidayah 2
  • Img Madnurulhidayah 3
  • Img Madnurulhidayah 4
  • Img Madnurulhidayah 5
  • Img Madnurulhidayah 6
  • Img Madnurulhidayah 7
  • Img Madnurulhidayah 8
  • Img Madnurulhidayah 9

PENGENALAN
Madrasah Nurul Hidayah yang wujud pada hari ini merupakan sebuah pusat Pengajian Islam yang masih mengekalkan sistem Pondok yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Kewujudannya adalah berdasarkan kesedaran dan inisiatif penduduk setempat yang mahu melihat para remaja tidak ketinggalan dalam pendidikan agama.

Bermula dari usaha kecil dengan mengambil para remaja yang tidak bersekolah, kelas pengajian pertama diadakan di Surau Kampung Tembak B pada permulaan tahu 1986. Guru-guru yang bertugas ketika itu adalah terdiri dari sukarelawan penduduk setempat.Beberapa bulan kemudian kelas pengajian ini berpindah ke sebuah rumah dikampung Tembak A.

Madrasah Nurul Hidayah mula dibina dan dijadikan tapak tetap setelah Tuan Imam Kampung Tembak mewakafkan setengah relong tanah, pembinaannya secara gotong royong. Dengan berkat kesungguhan dan sumbangan orang ramai,banggunan yang separa siap dapat memulakan pengajian.

Namun dalam arus perdana dan keadaan pelajar yang makin bertambah, Pondok Pengajian ini memerlukan sumbanagan dan sokongan untuk urusan pengurusan, pentadbiran serta pembangunan agar dapat berdiri megah sepanjang zaman.

MATLAMAT
  • Menyahut seruan Allah dan Rasul.
  • Mengembangkan pendidikan Islam melalui sistem Pondok.
  • Melahirkan Generasi Ilmu yang mampu menyebarkan Islam.
  • Melahirkan Ulamak Amilin yang mampu menangani persoalan agama dan semasa.
  • Membantu setiap mereka yang inginkan pendidikan Islam.
  • Menanam sikap ingin mencari keredaan Allah.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.