Madrasah Nurul Islah

Pondok Ust.Bakar, Parit Panjang 09200 Kupang, Kedah.
04-476 1953
019-405 6188 / 019-4616368 Ustaz Fadhil Abdul Hamid

HS/13/11-08

  • Img Madnurulislah 1
  • Img Madnurulislah 2
  • Img Madnurulislah 3
  • Img Madnurulislah 4
  • Img Madnurulislah 5
  • Img Madnurulislah 1
  • Img Madnurulislah 2
  • Img Madnurulislah 3
  • Img Madnurulislah 4
  • Img Madnurulislah 5

SEJARAH PENUBUHAN
Madrasah Nurul Islah atau lebih dikenali dengan Pondok Ustaz Bakar Parit Panjang diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Hj Bakar Bin Taib pada tahun 1966M. Madrasah ini didirikan diatas sebidang tanah yang diwaqafkan oleh beberapa individu sekitar kampong Parit Panjang. Terbinanya Madrasah ini diatas saranan Almarhum Ayahanda Tuan Guru Hj Omar Zuhdi (Pondok Lanai) yang merupakan bapa mertua beliau dengan hasrat untuk menyampaikan dan meneruskan dakwah kepada segenap lapisan masyarakat.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Pada peringkat awalnya bilangan pelajar seramai 8 orang sahaja. Berkat usaha dan kegigihan Tuan Guru pelajar-pelajar semakin bertambah yang datang dari pelbagai daerah dan negeri seluruh Malaysia. Sehingga sekarang Madrasah ini masih berjaya mengekalkan sistem pengajian Pondok Tradisional dengan sokongan dan sumbangan daripada orangramai. Penduduk di Madrasah ini terbahagi kepada 2 kelompok iaitu Pondok Luar (pelajar lelaki sahaja) dan
Pondok Dalam (suami isteri & armalah)

Pada tanggal 25 Ramadhan 1427H / 7 Oktober 2007 M, Allahyarham Tuan Guru telah kembali ke rahmatullah. Seterusnya pentadbiran Madrasah diamanahkan kepada Ustaz Abdul Rahim Bin Jaafar (Pengetua) dan dibantu oleh 10 orang guru lepasan Madrasah ini.

PENGENALAN RINGKAS
Terdapat dua sistem pengajian iaitu Umumi dan Nizomi:
  • Pengajian Umumi dijalankan setiap selepas Solat Fardhu dengan menggunakan Kitab Turash (Kitab Kuning) Manakala pada pagi Jumaat setiap minggu diadakan Kuliah Umum yang turut dihadiri oleh penduduk sekitar.
  • Pengajian Nizomi terbuka kepada pelajar lelaki berumur 13 tahun keatas bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari pada setiap hari Ahad hingga Khamis. Terdapat 6 kelas yang mengikut keupayaan dan kelulusan pelajar.Bermula QismuI I’dadi(Peralihan) hingga Qismul Khamis(Tingkatan 5). Seterusnya pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan mendapatkan Syahadah Thanawiah (1V Thanawi).
Selain pengajian ini, para pelajar mestilah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain seperti Majlis Muhadhoroh (latihan khutbah,pidato,nasyid sajak debat dll), Majlis Marhaban, Kelas pengurusan Jenazah, Pengurusan Sembelihan Haiwan dan Gotong Royong.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.