Madrasah Islahiah Diniah

Kg. Memali, Mukim Siong 09100 Baling, Kedah.
013-4620463 Ustaz Yusuf Che Mid

HS/13/15-08

PENGENALAN
Madrasah Islahiah Diniah mula diasaskan oleh As Syahid Ustaz Ibrahim bin Mahmod (Ibrahim Libya). Kelas pengajian umum mula dijalankan pada awal tahun 1978. Mula beroperasi sebagai pusat pengajian pada 15 Mac 1985 dengan bilangan pelajar 20 orang dan 5 orang guru. Apabila berlaku peristiwa berdarah di Memali pada 19 November 1985 kelas pengajian berhenti sama sekali. PAS Kawasan Baling telah mengambil tanggugjawab untuk memulakan pengajian di Madrasah ini pada Januari 1986.

Setelah semua tahanan Memali dibebaskan pada 3 Januari 1986, Jawatankuasa Lembaga Tadbir di susun semula. Pembangunan Madrasah terhenti seketika apabila Setiausaha Lembaga Tadbir saudara Muhammad Yusuf bin Husin (YB Senator Hj Muhammad Yusuf bin Husin) ditahan dibawah Akta Keselamatan Negara (ISA) buat kali kedua pada 28 Oktober 1987 (Operasi Lalang) dan di bebaskan pada awal tahun 1989.

DYMM Sultan Kedah telah menerima mengadap Setiausaha madrasah sebanyak 3 kali dan berkenan merasmikan Bangunan Madrasah pada 3 Februari 1993. Oleh kerana Krisis Perlembagaan yang berlaku pada ketika itu, maka perasmian tersebut di batalkan.

Setelah 26 tahun dengan menghadapi pelbagai halangan dan masaalah dari luar dan dalam. Pentadbiran Madrasah tetap dijalankan hingga jayanya hingga sekarang, walaupun berbagai sekatan dan ugutan keatas SAR.

Marilah kita berdoa dan berusaha agar segala cita-cita As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya akan menjadi kenyataan dimana beliau ingin menjadikan Madrasah Islahiah Diniah, Memali ini sebuah pusat pengajian yang terkenal di Malaysia dan di Dunia Insyaallah.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.