Sek. Ren Islam Darul Ulum (SRIDU) Kupang

Kg. Banggol Cicar 09200 Kupang, Baling, Kedah.
04-476 6452
013-456 5993 Ustaz Abdul Wahab Isa

HS/13/16-08

PENGENALAN
Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) yang ada pada hari ini adalah bermula dari pembukaan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Raudhatul Syuhada pada Tahun 1985 diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Kasim bin Ismail Penubuhan SRIDU bermula dari kesedaran betapa pentingnya sekolah rendah ditubuhkan untuk mendidik kanak-kanak lepasan PASTI. Atas kesedaran inilah, sebuah jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk melaksanakan hasrat murni ini. Pengorbanan dan usaha gigih AJK dan waris, terasaslah sebuah sekolah yang ketika itu dikenali dengan nama PASTI Lanjutan dan menumpang di bangunan PAS Kawasan Baling. Pada tahun 1998 bangunan sekolah baru yang diusahakan AJK Lembaga Tadbir ketika itu dengan di pengerusikan oleh Tuan Hj. Abd. Ghani bin Abd. Aziz mula dibina. Pada tahun 2000 bangunan sekolah baru mula digunakan walau pun belum siap sepenuhnya. Hingga kini SRIDU masih memerlukan sumbangan kewangan untuk melengkapkan dan memperbaiki infrastruktur sekolah.

OBJEKTIF PENUBUHAN
Mengembangkan syiar Islam dengan mendidik dan mentarbiah kanak-kanak dari peringkat rendah lagi mengikut sistem Islam untuk melahirkan insan yang bertaqwa, aktif dan beramal soleh disamping mencari keredhaan Allah.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.