Sek. Ren. Islam Raudhatul Muslimin

Sungai Kembal 09300 Kuala Ketil, Kedah.
04-443 0549
010-5264572 Ustaz Mohd. Nordin Md. Isa

HS/13/17-08

  • Srirm1
  • Srirm2
  • Srirm3
  • Srirm4
  • Srirm1
  • Srirm2
  • Srirm3
  • Srirm4

PENGENALAN
Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin mula ditubuhkan di awal 1987. Mesyuarat pertama penubuhan diadakan di Tahzib Al Nufus (Pondok Ustaz Awang). Sekolah ini mula beroperasi di Madrasah Tahzib Al Nufus selama beberapa bulan. Pada 1 Januari 1988, Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin telah berpindah ke Perkampungan Islam Raudhatul Muslimin Sungai Kembal dengan ihsan beberapa orang jawatankuasa, termasuklah nama-nama seperti Allahyarham Tuan Guru Umar Zuhdi, Allahyarham Ustaz Abdul Kadir, Allahyarham Hj. Abdul Rahman Awang Kecik, Allahyahrham Ustaz Salleh b. Hj. Ahmad, Cikgu Said b. Abdullah, Ismail Abdul Hamid, Hj. Said b. Ismail dan terdiri daripada tenaga pengajar Ustzh Hashimah bt. Yon, Ustzh Norma bt. Ahmad, Ustzh Hamidah bt. Hj. Mahmud, Ustzh Che Sham bt. Ismail, Ustzh Rodiah bt. Hasan, Ustzh Wan Faridah bt. Hj. Wan Idris, Allahyarhamah Ustzh Mardhiah bt. Md Nasir, Ustzh Juziah bt. Putih dan beberapa orang lagi. Pada peringkat awalnya sekolah ini hanya mempunyai bangunan 2 tingkat separuh batu dan sebelah atasnya kayu, hasil sumbangan orang ramai membina secara gotong-royong. Mempunyai 4 bilik darjah bagi menampung 80 orang pelajar dan 5 orang guru termasuk pra sekolah yang terpaksa belajar di surau dan balai lintang sahaja. Kini Madrasah ini mempunyai 1 bagunan 2 tingkat dengan 10 bilik darjah dan 1 pejabat. Pelajar adalah seramai 288 orang (lelaki/perempuan) dengan tenaga pengajar dan kakitangan seramai 28 orang termasuk seorang Mudir. Oleh kerana mengikut jangkaan pentadbiran sekolah, pertambahan murid tidak dapat dibuat di masa hadapan memandangkan bilik darjah yang terhad walaupun permintaan meningkat dan ekoran daripada itu sebahagian besar daripada permohonan terpaksa ditolak terutama pelajar-pelajar di luar kawasan yang memerlukan asrama. Pihak pentadbiran Madrasah berhasrat untuk menambah bilangan pelajar seberapa ramai jika sekiranya bangunan asrama yang baru dapat dibina dengan segera.

OBJEKTIF PENUBUHAN
• Mewujudkan satu Pendidikan Islam yang asas lagi bersepadu
• Melahirkan generasi yang mempunyai roh keIslaman dalam kehidupan seharian
• Melahirkan generasi yang berilmu, beriman, beramal, bertaqwa

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.