Sek. Agama At-Toyyibah

Kg.Padang Halban 06010 Changlun, Jitra, Kedah.
04-924 3097
013-514 8699 Ustaz Ahmad Muhtad Yusoff

HS/03/19-08

  • Sekat1
  • Sekat2
  • Sekat3
  • Sekat4
  • Sekat5
  • Sekat1
  • Sekat2
  • Sekat3
  • Sekat4
  • Sekat5

PENGENALAN
Negara kita Malaysia sedang menuju ke arah negara maju. Masyarakat Islam khasnya memerlukan satu generasi yang berilmu dan beramal terutamanya untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Masyarakat Islam pada hari ini inginkan satu generasi pelapis yang cekal hati dan patuh kepada perintah-perintah Allah s.w.t Al-Quran dan Al-Hadith menjadi pegangan. Selaras dengan hasrat tersebut, masyarakat Islam Changloon, Kubang Pasu telah bersatu dan berusaha untuk merealisasikan dan melahirkan generasi yang diharapkan. Dengan itu maka terbentuklah sebuah jawatankuasa Penaja Penubuhan Madrasah At-Toyyibah Changloon pada tahun 1993. Sekolah Agama At-Toyyibah dibina diatas tanah wakaf seluas 2 relong di Kg. Pdg. Halban, Changloon, Kedah. Sesi pembelajaran telah bermula pada tahun 2001, dengan pengambilan pelajar menengah tingkatan satu. Sesi persekolahan bagi pelajar sekolah rendah dimulakan pada tahun 2005 dengan pengambilan pelajar tahun satu. Pada tahun 2006 pengambilan pelajar telah dibuka kepada pelajar tahun tiga dan empat. Sehingga kini Sekolah Agama At-Toyyibah hanya mengambil pelajar dari darjah satu sehingga tingkatan tiga sahaja. Bagi pelajar lepasan tingkatan tiga, mereka boleh menyambung pelajaran di mana-mana sekolah agama atau sekolah menengah kebangsaan.

OBJEKTIF PENUBUHAN
  1. Untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah agama di kawasan Changloon bagi memberi peluang kepada pelajar yang berminat mengikuti pengajian agama dan akademik serentak.
  2. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pengajian agama dan akademik di samping menguatkan aqidah dan semangat keislaman bagi mendorong mereka menjalankan kerja-kerja makruf dan mencegah kerja-kerja mungkar.
  3. Untuk melahirkan pelajar-pelajar Islam yang berakhlak tinggi, bertanggungjawab, berilmu dan beramal dengannya.

VISI

Membina dan membentuk insan soleh melalui proses tarbiah Islam sebagai elemen terpenting

MISI
Melahirkan Muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan beramal soleh dengan syariah Islam.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.