Sek. Ren. Islam Darul Hijrah

Kampung Hijrah, Mukim Siong 09100, Baling, Kedah.
04-472 5502
019-4737096 / 019-4337863 Ustaz Mahmud Yaakob

HS/13/25-10

  • Img Sridah 1
  • Img Sridah 2
  • Img Sridah 3
  • Img Sridah 4
  • Img Sridah 5
  • Img Sridah 1
  • Img Sridah 2
  • Img Sridah 3
  • Img Sridah 4
  • Img Sridah 5

PENGENALAN
Pada 8 November 1998 bemulanya perbincangan Penubuhan Pusat Pendidikan Islam di Kg. Lalang Rimau @ Kg Hijrah, Mukim Siong, Baling. Penubuhan ini berobjektifkan membantu masyarakat setempat mendapat pendidikan islam sepenuhnya. Ianya bertujuan ke arah memahami, beramal dan bertaqwa. Hasilnya akan membentuk insan bertamaddun dan beretika. Pusat ini juga akan mendedahkan ilmu-ilmu kemahiran. Ini akan melahirkan pelajar yang beremosi dan membangunkan ummah.

Pada 17 September 1999 tertubuhnya Balai Ilmu Darul Hijrah. Penubuhan ini adalah sebahagian dari hasrat Tuan Haji Yaakob Bin Hj Ismail mahu mewujudkan Pusat Pengajian Islam di atas tanah miliknya di Kg Lalang Rimau. Jawatankuasa Penaja dibentuk dari wakil kampong berhampiran yang berada dalam 4 kariah masjid, iaitu Kariah Masjid Kg Luar, Kariah Masjid Kg Siput, Kariah Masjid Kg Bandar dan Kariah Masjid Kg Tandop.

Sebuah bangunan pertama dibina atas nama Surau Balai Ilmu Darul Hijrah, hasil dari sumbangan wakaf kayu rumah dan wakaf atap dari orang ramai. Surau ini digunakan sebagai tempat mendirikan solat fardu berjamaah, majlis bacaan yasin, majlis-majlis perayaan islam dan kuliah mingguan fardu ain. Telah memohon pendaftaran kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah melalui Tuan Syeikh Yusof Bin Abd Majid (Pegawai Agama Daerah Baling) pada 20 Disember 2000.

Pada 15 Februari 2001 mesyuarat telah menerima secara rasmi tanah Tapak Balai Ilmu diwakafkan oleh waris AlMarhum Hj Yaakob kepada  Balai Ilmu. Nazir Pemegang Amanah dilantik. Bangunan sekolah (batu) mula dibina dengan keluasan 24' X 30' persegi. Bangunan ini dibina secara gotong-royong.

Persekolah pertama dimulakan dengan pembukaan kelas Pra Sekolah (PASTI) pada awal Januari 2002 dan Kem Tafakkuh Musim cuti persekolahan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Bangunan sekolah diperbesarkan kepada 24' x 110'. Bangunan ini menempatkan sebuah pejabat, 3 bilik darjah dan 2 bilik air serta tandas.

Sambutan Pengajian PASTI amat memberansangkan. Timbul kesedaran waris agar pelajar-pelajar PASTI diteruskan ke peringkat Sekolah Rendah. Pada awal Januari 2009 bermulalah persekolahan SRI. Dari 1 kelas seramai 7 orang pelajar, kini terdapat 4 kelas (3 kelas : tahun 1- 3 dan 1 kelas pra Tahfiz).

Kini SRIDAH perlu membina bangunan baru bagi menampung keperluan kelas. Bangunan tambahan 2 tingkat sedang dibina. Insyaallah bangunan ini akan menempatkan 10 kelas dan 2 buah tandas. Sumbangan wakaf derma dan lain-lain diperlukan bagi menyiapkannya segera.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.