Sek. Ren. Islam Darul Ulum (SRIDU) Tandop

Jln.Telok Bagan, Bt.3 Tandop 05400 A.Setar, Kedah.
04-771 5639 04-771 9866
013-5333738 Ustaz Fikri Bin Ishak

HS/07/03-08

  • Sridu1
  • Sridu2
  • Sridu3
  • Sridu4
  • Sridu5
  • Sridu1
  • Sridu2
  • Sridu3
  • Sridu4
  • Sridu5

PENGENALAN
Sek. Ren. Islam Darul Ulum ( SRIDU ) telah ditubuhkan pada tahun 1989. Pada awal penubuhannya, ia terletak di sebuah bangunan sementara di Km 3, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah milik tuan Hj. Hassan B. Ismail. SRIDU bermula dengan 17 orang pelajar dan lima orang kakitangan. Lima tahun kemudian iaitu pada April 1994, pihak Lembaga Tadbir mengambil keputusan berpindah sementara ke Markas Pengkalan Kundur di Telok Bagan ( 3 km dari tempat asal ). Pada masa yang sama sebidang tanah telah dibeli bagi pembangunan SRIDU seluas 3 ½ relung. Pembangunan SRIDU telah dimulakan dengan membina sekolah mengikut pelan atur yang terancang mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan. Setelah perkembangan SRIDU semakin pesat dan tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin ramai dan pembangunan fasa pertama telah siap maka secara rasminya para pelajar dan kakitangan SRIDU ditempatkan di bangunan tetapnya pada awal tahun 1997. Bangunan ini terletak di Lot 641, Mukim Pengkalan Kundur,, Alor Setar Kedah Darul Aman. Kini Sekolah Rendah Islam Darul Ulum ( SRIDU ) melalui proses perkembangan yang begitu pesat melalui pembangunan fizikal dan pembangunan kerohanian. Pada tahun 2011 pelajar SRIDU bertambah kepada 458 orang pelajar yang datang dari setiap pelosok termasuk dari negeri Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan daerah sekitar iaitu Kulim, Kuala Nerang, Pokok Sena, Kodiang, Yan, dan sebagainya.

FALSAFAH TARBIYAH
Adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Hadis bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Ianya mampu melahirkan generasi pelajar yang beriman, bertakwa dan bermakluma serta mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran semasa melalui kaedah pendidikan seimbang, berterusan dan terkini.

VISI
Kecemerlangan dalam semua bidang, budaya ilmu, meningkatkan keceriaan iklim yang harmonis, pembangunan fizikal sekolah.

MISI
Murid berpotensi guru berdedikasi. Menghayati falsafah dan perancangan SRIDU pasukan kerja yang mapan, bersama memimpin.

MOTO
Menjana Insan Soleh Bestari

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.