Sek. Ren. Al Akhlak Islamiyah Faizin (SAIF)

Pekan Guar Chempedak 08800 Gurun, Kedah.
04-461 9636 04-461 9637
013-4481030 Ustaz Aizat Zakaria

HS/09/04-08

  • Img Saif 2
  • Img Saif 1
  • Img Saif 3
  • Img Saif 4
  • Img Saif 5
  • Img Saif 6
  • Img Saif 2
  • Img Saif 1
  • Img Saif 3
  • Img Saif 4
  • Img Saif 5
  • Img Saif 6

PENGENALAN
Tanggal 4 Ogos 2005 temeterailah perjanjian penyerahan kepada Muassasah Darul Ulum. Lahirlah sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Integrasi Faizin (SAIF).

SAIF ditubuhkan hasil daripada pengembelingan tenaga pemuda, masyarakat setempat,  para  intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran yang terarah.

Lokasinya yang strategik di pekan Guar Chempedak dan mempunyai prasarana dan kemudahan yang lengkap telah mempercepatkan proses pembukaan sekolah Integrasi Faizin. Di mana sesi persekolahan yang pertama bermula pada 1 Januari 2006 dengan jumlah pelajar seramai 34 orang dan dibantu oleh 4 orang guru.

Pada peringkat awal penubuhan SAIF hanya ada 1 surau,1 kantin, 2 blok bangunan kelas dan 2 blok asrama. Dengan hasil sumbangan orang ramai, awal tahun 2009 pihak Lembaga Tadbir memulakan projek pembinaan bangunan baru 3 tingkat.

Hari ini di atas usaha gigih semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, SEKOLAH INTEGRASI FAIZIN mampu berdiri dan terus maju.

OBJEKTIF PENUBUHAN SAIF
  • Mewujudkan sebuah sekolah yang memberi penekanan akademik, keagamaan, dan tahfiz secara bersepadu.
  • Memartabatkan Bahasa al-Quran sebagai bahasa utama.
  • Berusaha melahirkan pelajar yang terdidik mindanya, terarah peribadinya dan istiqamah imannya.

MOTO SAIF
"Kejayaan Dunia dan Akhirat"

VISI SAIF
Membina  dan memantapkan  kecemerlangan murid  dari  aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI ) dengan mendokong  cita-cita untuk  memartabatkan Islam.

MISI SAIF
  • Melahirkan insan  soleh yang mampu melaksanakan segala titah perintah Allah.
  • Membina kehidupan berilmu yang dapat menguasai ilmu dalam pelbagai bidang kehidupan.
  • Meletakkan asas yang kukuh  ke arah pembinaan akhlak yang terpuji.
  • Membina kekuatan diri bagi melahirkan individu yang dapat menginfakkan seluruh kehidupannya untuk agama.

FALSAFAH SAIF
Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) merupakan sekolah integrasi berlandaskan pendidikan Islam, mempunyai matlamat penerusan warisan ulama' yang terdidik dan terarah hasil dari proses pengajaran, pembelajaran berteraskan prinsip dakwah serta tarbiyyah dari bimbingan guru-guru, pentadbir yang komited dengan Ajaran Islam.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.