Sek. Ren. Islam Burhanuddin Al-Helmi

Km 12.5 Jalan Dato' Kumbar 05600 Alor Star, Kedah.
04-7309605
019-5704481 / 019-495 1212 Cikgu Kamarul Halid Sakrani

HS/06/06-08

  • Img Sriburhanidin 1
  • Img Sriburhanidin 2
  • Img Sriburhanidin 3
  • Img Sriburhanidin 4
  • Img Sriburhanidin 5
  • Img Sriburhanidin 6
  • Img Sriburhanidin 1
  • Img Sriburhanidin 2
  • Img Sriburhanidin 3
  • Img Sriburhanidin 4
  • Img Sriburhanidin 5
  • Img Sriburhanidin 6

PENGENALAN
Di sekitar tahun 1997 sebagai menyahut seruan bekas Presiden PAS, Cikgu Haji Hassan Bin Abd.Aziz telah mencadangkan kepada Allahyarham Ustaz Mohamad Shauki Bin Ibrahim untuk membuka sebuah Sekolah Rendah Islam (SRI) di Tok Keling. Allahyarham Ustaz Haji Fadzil Bin Mohd Noor pernah menyuarakan hasrat ketika beliau menjadi Presiden untuk melihat PAS mempunyai rangkaian pendidikannya sendiri bermula daripada PASTI hinggalah ke universiti.Beliau juga mahu melihat terbinanya Sekolah Rendah Islam (SRI) disetiap DUN dan Sekolah Menengah Islam (SMI) di setiap kawasan.

Memandangkan MTK sudah beroperasi di Tok Keling,maka Cikgu Haji Hassan menyarankan supaya SRI ini dijalankan serentak di tempat yang sama.Namun disebabkan keluasan tapak MTK yang sangat terhad maka pandangan ini tidak dapat dilaksanakan.Walaupun demikian,semangat untuk menubuhkan SRI ini tetap berkobar-kobar hinggalah akhirnya perbincangan sekolah ini dibincangkan semula di dalam mesyuarat MTD Tanjung Seri.

Hasil persetujuan sebulat suara daripada mesyuarat tersebut, maka lahirlah SRI BURHAN yang namanya diambil daripada bekas Presiden PAS yang pertama.Tapak yang dipilih untuk membangunkan SRI ini ialah di markas PAS cawangan Kampung Tok Sibil. Alhamdullilah hasil kerjasama daripada semua pihak, SRI BURHAN dapat dimulakan. Sesi pertama persekolahan dapat dimulakan pada tahun 1998.

FALSAFAH TARBIYAH

Usaha yang terancang dan berterusan dalam menjadikan ilmu, iman dan akhlak serta budaya islam sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan kepada agama, ummah dan negara.

MISI
Melahirkan generasi yang mempunyai penghayatan ilmu, beriman, beramal secara syumul, berketerampilan, berkemahiran dan berkeupayaan untuk berjihad membangunkan agama, bangsa dan negara berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

MOTTO
"Ilmu Mantap Iman" bermaksud usaha bagi melahirkan insan yang berilmu adalah amat penting dalam membina insan yang beriman mantap dan kuat.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.