Institut Pendidikan Islam & Tahfiz Al-Quran Abada

Lot 2853, Kompleks Islam, Masjid Omar Zuhdi, Parit Panjang, Kupang 19200 Baling, Kedah.
04-476 1744
019-427 0639 Ustaz Alias Nasri Mahamud

HS/13/33-10

  • Img Tahfizabada 1
  • Img Tahfizabada 2
  • Img Tahfizabada 3
  • Img Tahfizabada 4
  • Img Tahfizabada 5
  • Img Tahfizabada 6
  • Img Tahfizabada 1
  • Img Tahfizabada 2
  • Img Tahfizabada 3
  • Img Tahfizabada 4
  • Img Tahfizabada 5
  • Img Tahfizabada 6

PENGENALAN
ABADA adalah sebuah akademi bimbingan Agama dan pengajian Al-Qur'an yang dikenali sebangai Ma'had Attarbiyyah Al-Islamiyyah Wa Tahfiz Al-Quran atau Institut Pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran (ABADA). Ia ditubuhkan pada 17 Rabiul Awal 1417 bersamaan dengan 02 Ogos 1996 hasil ilham ulama tempatan iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Bin Haji Soleh dan Tuan Guru Haji Abdul Wahab Bin Hassan. Mereka berhasrat ingin menjadikan Institut ini sebagai Pusat Pengajian Islam, Tahfiz Al-Qur'an dan Bahasa Arab serta lain-lain ilmu Islam yang mengikut arus perdana.

Institut Abada telah didaftarkan dengan pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Darul Aman (MAIK) yang mana pada peringkat awal penubuhannya adalah Fardu Ain kerana pada ketika itu tiada lagi institusi seumpamanya di daerah ini khasnya dan terlalu sedikit di negeri kedah amnya. Antara tujuan penubuhannya ialah untuk melahirkan seberapa ramai Ulama lagi Huffaz Al-Qur'an yang berkemahiran dengan Ilmu Islam sebagai Pelapis Kepimpinan di masa akan datang.

Pihak pentadbiran Insitut Abada berusaha mengatur program-program bagi tujuan di atas supaya setiap program dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut hasrat penubuhan. Alhamdulillah sejak penubuhannya sudah 200 orang pelajar telah berjaya menamatkan Al-Qur'an secara hafazan dan beberapa kali menjadi wakil Malaysia ke Musabaqah Hafazan Al-Qur'an peringkat Antarabangsa di Dubai, Mesir dan Arab Saudi. Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian di Institut Abada dapat meneruskan pengajian mereka di pelbagai peringkat sama ada di Universiti tempatan dan luar Negara.

Dengan prestasi dan perkembangan itulah maka pihak Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) memberi pengiktirafan kepada Institut Abada dan didaftarkan sebagai SMAI dengan pendaftar Sekolah-Sekolah Agama(MAIK).

Dengan pendaftaran itu juga, maka pada 14 September 1996 Institut Abada merupakan INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN (ABADA) dengan nombor Pendaftaran : 3/2002 bertarikh pada 20 hb Mei 2002.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.