Pusat Tahfiz Al Amin

No.69 Lot 210 Sg.Seluang 09600 Lunas, Kedah.
013-5260737
019-4586172 Ustaz Ismail Saad

HS/14/34-10

  • Img Tahfizalamin 1
  • Img Tahfizalamin 2
  • Img Tahfizalamin 3
  • Img Tahfizalamin 4
  • Img Tahfizalamin 1
  • Img Tahfizalamin 2
  • Img Tahfizalamin 3
  • Img Tahfizalamin 4

PENGENALAN
Pusat Tahfiz Al-Amin (PTAA) ditubuhkan pada tarikh 5 Januari 2011 bersamaan 30 Muharam 1432. Tertubuhnya pusat tahfiz ini adalah berikutan keperihatinan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat setempat terhadap kepentingan mewujudkan generasi Al-Quran di kalangan anak muda pada masa sekarang.Bermula dengan pergerakan usroh di kalangan ahli jawatankuasa, maka wujudlah idea bagi membangunkan pusat ini dan setelah perbincangan demi perbincangan dibuat maka lokasi di sini telah dipilih bagi merealisasikan impian para ahli usroh yang terlibat.

Proses perbincangan yang dijalankan untuk penubuhan pusat tahfiz ini mengambil masa hampir 6 bulan dan berbekalkan sedikit ilmu dan pengalaman, gerak kerja penubuhan telah dijalankan.Keperihatinan seorang penduduk di sini menyewakan sebuah bangunan memudahkan kerja ahli jawatankuasa yang terlibat.Individu yang dimasudkan adalah Cikgu Hj Mustapa Bin Md Taib, yang juga dilantik sebagai penasihat dalam jawatankuasa yang ditubuhkan. Setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, PTAA  telah berjaya dibangunkan.

Walaupun PTAA dianggap masih muda jika dibandingkan dengan pusat-pusat tahfiz lain yang wujud di sekitar daerah ini,tetapi ia mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penduduk setempat.Sehingga kini 19 orang pelajar telah didaftarkan untuk menuntut di sini.Memandangkan kapasiti asrama yang terhad, maka pengambilan pelajar terpaksa dihadkan.Dua orang ustaz yang merangkap warden tetap telah dilantik untuk menjaga hal elwal pelajar dan seramai 4 orang ustaz telah didatangkan dari luar untuk mengajar beberapa cabang ilmu kepada penuntut di sini.Selain menghafal Al-Quran, ilmu lain juga diajarkan kepada para hafiz, antaranya ilmu Hadis, Tauhid, Fekah dan Sirah Nabi S.A.W. Matapelajaran akademik asas seperti Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga diajar.

InsyaAllah dengan tertubuhnya PTAA ini diharap lebih ramai hafiz dapat dilahirkan di tanah air kita demi mewujudkan kesinambungan ilmu para Anbia dan Alim Ulama seterusnya dapat menegakkan syariat Islam di negara ini.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.