Pusat Pengajian Islam Maahad Raudatul Ulum

Jalan Sungai Batu, Kg Rantau Panjang 09800 Serdang,Kedah
019-4741766
019-5247080 Ustaz Ahmad Redhouddin Abd Wahab

HS/15/30-10

PENGENALAN
Dimulakan sejak tahun 1997 lagi dengan usaha penduduk Kampung Rantau Panjang, Sg Batu dan sekitarnya mempelawa Tuan Guru Hj Abd Wahab Hassan / Ust Awang lanai untuk membuka pondok disini. Tanah diwakafkan oleh tuan punya kepada Ust Awang Lanai seluas 6 relong. Penduduk bergotong royong untuk menebas hutan , membuat jalan dan membuat rumah Tuan guru. Ust Awang mengharapkan anak beliau untuk mengajar dan membuka pondok di sini tetapi tidak tertunai hajat beliau. Pondok bertahan 3 tahun dan kuliah tetap berjalan seminggu sekali dibawah kendalian Ust Zulkifli dari Banggol Jas, Sg Bayor. Tetapi tanpa tuan Guru di Pondok, kuliah tidak bertahan lama dan ianya mati /terbengkalai sehinggalah tahun 2008. Pada tahun 2008, Sdr Sabki Yusof bersama rakan-rakan Sdr Wam Mat, Md Daud, Saiful Barik , Khairi Salleh dan beberapa orang lain cuba untuk menghidupkan semula Pusat Pengajian Islam ini dengan menjemput Ust Ahmad Redhoudin A Wahab, menantu kepada Ust Awang Lanai untuk membuka pondok. Alhamdulillah sejak selepas Hari Raya Aidiladha tahun 2008 sehingga ke hari ini, nama Pusat Pengajian Islam ini yang telah bertukar nama kepada Maahad Raudhatul Ulum terus hidup dengan semangat baru walaupun pimpinan /AJK sering bertukar. Antara AJK utama yang terus bersemangat menghidupkan tempat mulia ini adalah Ust Redhoudin, Md Daud, Wam Mat, Ust Shahrir Adam, Khairi Salleh dibantu oleh ramai tenaga penduduk setempat., Kg Kenangan dan Rantau Panjang .MRU juga berdaftar HESA pada tahun 2010 Kini, tahun 2011 Maahad telah mendapat sokongan yang padu dari pelbagai pihak samada kerajaan negeri, individu atau korporat. Sebuah dewan serbaguna dengan harga RM40,000 telah disumbang oleh seorang pensyarah. Sebuah surau bernilai RM80,000 juga berjaya disiapkan dan menjadi tempat pengajian utama. Pelajar Tahfiz kini berjumlah 26 orang dan 6 orang kakitangan yang bertugas sepenuh masa. Kuliah mingguan hari sabtu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat. Perancangan selepas ini adalah untuk membina asrama pelajar dengan kos RM200,000.00 dan sebuah sekolah nizomi dengan kos RM1.4 Juta.

VISI
Mewujudkan kesejahteraan dalam masyarakat melalui budaya ilmu dan pengamalan agama yang sebenarnya.

MISI
Pengembelingan tenaga penggerak pondok dan masyarakat setempat untuk memastikan pusat pengajian islam dapat menjayakan visi di atas.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.