Pertandingan Amal Islami HESA Kedah 2016

Tarikh : 3 Okt 2016 (Isnin)
Masa : 9.00a.m - 4.00p.m
Tempat : Markaz Taklim Wat Tar Biyyah, Pondok Bandar Hilir, Teloi Tua, Sik, Kedah

Pertandingan Amal Islami HESA Kedah 2016 adalah merupakan program tahunan anjuran Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA). Pertandingan Amal Islami HESA kali ini telah diadakan di Markaz Taklim Wat Tarbiyyah, Pondok Bandar Hilir, Teloi Tua, Sik. Penyertaan kali ini telah melibatkan penyertaan sebanyak 40 buah institusi pendidikan Islam naungan HESA Kedah, seperti sekolah agama, maahad tahfiz, sekolah pondok dan juga pondok di peringkat rendah dan menengah. Kehadiran warga sekolah HESA kali ini juga telah mencecah hampir 1300 orang yang melibatkan guru pengiring, para peserta pertandingan dan yang paling meriuhkan suasana adalah dari kalangan penyokong sekolah masing-masing yang turut hadir memberikan sokongan kepada wakil sekolah mereka. Antara acara yang dipertandingkan adalah pertandingan nasyid, tilawah, hafazan, pidato bahasa Malayu, Inggeris dan Arab untuk kategori rendah dan menengah.

Majlis Perasmian penutup Pertandingan Amal Islami HESA Kedah 2016 telah disempurnakan oleh Ybhg Ustaz Dr. Fakhruddin Fakhrurrazi, Pesuruhjaya PAS Kedah. Dalam ucapannya, beliau berasa gembira melihatkan komitmen dan kesungguhan sekolah yang bertanding dalam setiap acara. Setiap peserta yang bertanding mempamerkan kualiti persembahan yang berkualiti. Dalam kenyataan beliau lagi, Badan Perhubungan PAS Kedah sangat memberikan sokongan penuh terhadapa segala program-program HESA Kedah yang banyak memberikan manfaat terhadap sekolah agama rakyat dari sudut pembangunan pendidikan.

Beliau mengucapkan tahniah,syabas kepada para pemenang di atas usaha yang ditunjukkan dan berusaha lagi kepada yang tidak berjaya kerana adat pertandingan ada kalah dan menang.
Di samping itu beliau turut memberi semangat,nasihat serta dorongan kepada para peserta agar bukan sekadar berjaya dalam Pertandingan Amal Islami sahaja, malah turut berjaya juga dalam pelajaran.

YB Ust Ahmad Yahya, selaku Pengerusi HESA berucap, turut membangkitkan rasa kagum dengan kualiti perserta yang bertanding. Ini merupakan antara usaha HESA Kedah dalam mengcungkil bakat yang terpendam dari kalangan pelajar sekolah agama rakyat khususnya. Beliau juga memberi jaminan supaya bakat-bakat yang ada dalam kalangan pelajar sekolah agama rakyat ini, perlu digilap untuk bawa ke peringkat lebih tinggi lagi. Pihak Lajnah Pendidikan Sekolah Agama Rakyat di peringkat pusat, akan cuba menganjurkan pertandingan Amal Islami ini ke peringkat kebangsaan.

Berikut adalah keputusan Pertandingan Amal Islami HESA peringkat rendah dan menengah :

Keputusan Penuh Pertandingan Amal Islami Hesa 2016

Kategori Sekolah Rendah :

A) Pidato Bahasa Melayu
Johan : Sek. Ren. Islam Raudhatul Muslimin (Baling)
Naib Johan : Sek. Ren. Agama Al Akhlak Al Islamiah, (Yan)
Tempat Ke - 3 : Sek. Ren. Tahfiz Sains An Najihin (Kulim)

B) Pidato Bahasa Inggeris
Johan :Sek. Ren. Islam Bahrul Ulum (P.Pinang)
Naib Johan : Sek. Ren. Agama Al Akhlak Al Islamiah, (Yan)
Tempat Ke - 3 : Tahfiz Mutmainnah (Sungai Petani)

C) Pidato Bahasa Arab
Johan : Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Langkawi)
Naib Johan : Tahfiz Mutmainnah (Sungai Petani)
Tempat Ke - 3 : Sek. Ren. Islam Raudhatul Muslimin (Baling)

D) Tilawah Lelaki
Johan : Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Alor Setar)
Naib Johan : Sek. Ren. Tahfiz Sains An Najihin (Kulim)
Tempat Ke - 3 : Sek. Ren. Agama Al Akhlak Al Islamiah, (Yan)

E) Tilawah Perempuan
Johan : Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Alor Setar)
Naib Johan :Maahad Tahfiz As Solehah (Alor Setar)
Tempat Ke - 3 : Sek. Ren. Islam Bahrul Ulum (P.Pinang)

F) Hafazan Lelaki
Johan : Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Alor Setar)
Naib Johan :Sek. Ren. Islam Burhanuddin Al Helmy (Alor Setar)
Tempat Ke - 3 : Pusat Tahfiz Al Amin (Kulim)

G) Hafazan Perempuan
Johan : Sek. Ren. Islam Raudhatul Muslimin (Baling)
Naib Johan : Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Langkawi)
Tempat Ke - 3 : Sek. Ren. Islam Bahrul Ulum (P.Pinang)

H) Nasyid
Johan : Sek. Ren. Agama Darul Mumtaz (Padang Serai)
Naib Johan : Sek. Ren. Agama Al Akhlak Al Islamiah, (Yan)
Tempat Ke - 3 : Sek. Ren. Islam Raudhatul Muslimin (Baling)

Kategori Sekolah Menengah :

A) Pidato Bahasa Melayu
Johan : Sek. Men. Agama Al Baqiyatussolihat (Langkawi)
Naib Johan : Sek. Men. Islam Al Islah (Sungai Petani)
Tempat Ke - 3 : Maahad Tahfiz As Solehah (Alor Setar)

B) Pidato Bahasa Inggeris
Johan : Maahad Tarbiyyah Islamiah(Derang)
Naib Johan : Madrasah Nurul Hidayah, (Baling)
Tempat Ke - 3 : Tahfiz Mutmainnah (Sungai Petani)

C) Pidato Bahasa Arab
Johan : Pusat Tarbiyyah Haraki An Nur (Baling)
Naib Johan : Maahad Tarbiyyah Islamiah(Derang)
Tempat Ke - 3 : Madrasah Zubaidiyah (Merbok)

D) Tilawah Lelaki
Johan : Maahad Tarbiyyah Islamiah(Derang)
Naib Johan : Maahad Tahfiz Ahmadiah (Bedong)
Tempat Ke - 3 : Maahad Imam Syatibi (Alor Setar)

E) Tilawah Perempuan
Johan : Maahad Tahfiz Al Wafa Lilbanat (Kulim)
Naib Johan : Maahad Tarbiyyah Islamiah(Derang)
Tempat Ke - 3 : Madrasah Nurul Hidayah, (Baling)

F) Hafazan Lelaki
Johan : Maahad Tarbiyyah Islamiah(Derang)
Naib Johan : Madrasah Zubaidiyah (Merbok)
Tempat Ke - 3 : Maahad Tahfiz Darul Hijrah (Baling)

G) Hafazan Perempuan
Johan : Maahad Tarbiyyah Islamiah(Derang)
Naib Johan : Maahad Tahfiz Darul Quran (Alor Setar)
Tempat Ke - 3 : Markaz Taklim Wat Tarbiyyah (Sik)

H) Nasyid
Johan : Madrasah Zubaidiyah (Merbok)
Naib Johan : Sek. Men. Islam Al Islah (Sungai Petani)
Tempat Ke - 3 : Maahad Tahfiz Al Fityan (Yan)

JAT 3174
JAT 3179
JAT 3187
JAT 3191
JAT 3203
JAT 3218
JAT 3237
JAT 3477
JAT 3481
JAT 3494
JAT 3535
JAT 3544
JAT 3550
JAT 3588
JAT 3630
JAT 3634
JAT 3752
JAT 3757

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.