Kursus Kecemerlangan Guru Hesa 2011

Segala pujian hanya milik Allah S.W.T yang mentadbir alam semesta.Selawat dan salam dicurahkan untuk Rasul tercinta(Muhammad S.A.W) beserta keluarga dan seluruh pendukung risalah bawaannya.

Pendidikan adalah satu proses yang berterusan dalam usaha untuk membentuk pola-pola tingkah laku dan sikap tertentu di dalam diri manusia yang dididik. Dalam konteks pembangunan sosio-budaya dan peradaban masyarakat, pendidikan merupakan suatu proses berterusan tanpa sempadan. Pendidikan juga merupakan medan penting di dalam proses pengislahan masyarakat . Pengislahan di sini dilihat dari segi pembangunan dan pembinaan nilai-nilai positif.Justeru,pihak HESA mengambil inisiatif untuk memastikn pengislahan nilai2 positif ini berjaya dilaksanakan.Alhamdulillah,pada 25 & 26 Februari HESA telah berjaya menganjurkan Kursus kecemerlangan Guru HESA 2011 yang telah diadakan di Inapan Pusat Keda,Rimba Taqwa ,Sik,Kedah..Kursus ini telah melibatkan 28 buah sekolah dibawah HESA dan seramai 111 orang guru telah berjaya menghadirkan diri..Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari berturut-turut.

Pendaftaran telah bermula pada jam 3:30 dan berakhir pada 4:30 petang. Sebanyak 28 sekolah telah menghantar peserta muslimin dan muslimat bagi menjayakan kursus ini.

Pada jam 5:00 ptg telah bermula majlis perasmian oleh YB. Dato' Dr.Abd Isa B.Ismail,Speaker Undangan Negeri Kedah/Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah.Dalam ucapannya,YB Dato' sempat mengulas mengenai sistem pendidikan masa kini yang semakin kurang mendapat keyakinan terhadap masyarakat .Situasi yang terjadi pada sekolah agama sekarang hanyalah bersifat sementara disebabkan sistem sekarang gagal untuk melahirkan insan yang cemerlang.Justeru,sistem pendidikanyang sedia ada akan meyakinkan masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.Oleh itu,guru sekolah agama perlu beristiqamah dalam meneruskan perjuangan ini.

Acara seterusnya bermula pada 8 malam dengan Motivasi Cemerlang 1 oleh Cikgu Sukarno b.Abd Hamid yang bertajuk "TEKNIK PENGAJARAN &PEMBELAJARAN YANG BERKESAN".Walaupun peserta agak keletihan tetapi dengan semangat dan keazaman yang tinggi mereka berjaya memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah.

SABTU (26 FEB)
Pada hari kedua para peserta tidak melepaskan peluang untuk berqiamullail dan solat subuh berjemaah memandangkan mereka datang dari kawasan yang berbeza. Setelah selesai solat subuh,mereka dihidangkan dengan kuliah subuh yang telah disampaikan oleh ustaz Lutfi b. Ariffin.

Diawal pagi sesudah sarapan para peserta meneruskan lagi hari kedua dengan Motivasi Cemerlang 2 oleh Ustaz Hafiz b.Salleh yang mana peserta didedahkan dengan "ciri-ciri Guru cemerlang" yang mana dapat membantu mereka bagi meneruskan pengajaran mereka sesudah kembali ke sekolah masing-masing.

Motivasi cemerlang 3 telah disampaikan oleh Ustazah Che Nazrah Bt Yusuff yang mana telah mengupas mengenai "CABARAN Pendidikan Islam Masa Kini" ...Semoga kupasan mengenai hal ini mampu menjadi panduan buat guru2 dalam mendidik generasi muda.

Motivasi terakhir yang mengupas mengenai "PENGORBANAN MENUNTUT KEIKHLASAN" telah disampaikan oleh U.Idrus B Ahmad...Acara diteruskan dengan Majlis Penutup Dan Penyerahan Sijil Penghargaan oleh Ustaz Ahmad B Yahya (KETUA Pemuda Pas Kedah Merangkap PENGERUSI HESA).

Semoga menganjuran kursus guru baru ini mampu menyuntik semangt baru kedalam diri para pendidik sekolah HESA. Akhir bicara,Sekalung penghargaan kami hulurkan kepada Y.AB DATO' SERI MENTERI BESAR KEDAH,BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH,PEJABAT SPEAKER DUN KEDAH,DEWAN PEMUDA PAS KEDAH,JABATAN PENDIDIKAN,DPPNK HAL EHWAL SEK AGAMA(HESA),INAPAN PUSAT LATIHAN KEDA,KOPERASI HESA,SEKOLAH- SEKOLAH HESA,& Semua Pihak Yang Terlibat Secara Langsung Atau Tidak Langsung dalam menjayakan Kursus ini.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.