Ijtimak Pengkuliah Umumi Negeri Kedah & Majlis Berbuka Puasa

06 Ogos 2011, Alor Setar - Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah bersama Lajnah Tarbiah PAS Kedah dan Unit Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) telah berjaya mengadakan Ijtimak Pengkuliah Umumi Negeri Kedah & Majlis Berbuka Puasa di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Program ini merupakan cetusan dari YAB Dato Seri Menteri Besar dalam menghimpun pengkuliah-pengkuliah umumi di seluruh Kedah. Dengan perolehan maklumat guru takmir dan pengkuliah umumi daripada Majlis Agama dan pelbagai institusi yang berkenaan, telah berjaya dihantar kad jemputan sebanyak 730 keping kepada seluruh pengkuliah umumi di Kedah.

Antara hasrat Kerajaan Negeri dalam mengadakan Ijtimak Pengkuliah Umumi :
a) Menghimpun pengkuliah umumi dalam merialisasikan Kedah Sejahtera
b) Mewujudkan gedung ilmu yang lebih meluas diseluruh Kedah
c) Merapatkan hubungan yang kukuh antara pengkuliah umumi dan pihak kerajaan negeri

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.