Himpunan Hijau Ke Putrajaya

ALOR SETAR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi mengajak seluruh ahli PAS supaya genggamkan bendera hijau dan tunjukan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa warna ini akan menyuluh jalan ke Putrajaya bersama dengan Pakatan Rakyat. Perbuatan itu bukan untuk mengatakan keangkuhan sebaliknya ingin membuktikan kepada masyarakat awam bahawa PAS bukan bercakap kosong untuk menawan pusat pentadbiran kerajaan. Ujarnya lagi, keupayaan PAS nyata terbukti dengan kesungguhan para pemimpinya yang inginkan kuasa bagi mengembangkan peranan dakwah yang selama ini dipandang kecil oleh Umno yang kononya parti melayu Islam terbesar di dunia.

(Nasrudin yang tiba dengan membonceng superbike dari Masjid Perwaja, Gurun) "Tunjukan kepada rakyat dan Umno serta BN bahawa warna ini akan bersama mendaki Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Masa untuk Umno menunjukan taring tiada lagi, " jelasnya ketika berucap sempena pentas pemuda di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Jelas beliau lagi, kata-kata ini adalah laungan terakhir sebelum memecut ke garisan kemenangan. Biar apapun halangan yang ada warna hijau tetap melanda kerana cahaya yang menanti adalah cahaya kebenaran. "Jangan pandang kanan atau kiri, tetapi halakan fokus terus ke arah sasaran kerana kerja berfokus merupakan bola yang boleh menyumbat ke gol. "Usah bercakap soal remeh atau bercakaran berkaitan persoalan yang kecil yang akhirnya boleh melemahkan ikatan perpaduan yang kita jalingkan. Biarkan Umno melaungkan irama yang merosakan partinya bersendirian kita jangan sekali-kali menyahut kerana sahutan kita bermakna kemenangan bagi Umno dan BN, " katanya di hadapan puluhan ribu orang hadirin yang berada di padang yang berair.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.