Karnival Belia Sejahtera 2012

SUNGAI PETANI: Pada 8 dan 9 Jun 2012 yang lalu, Kerajaan Negeri Kedah mengambil satu inisiatif untuk mengadakan Karnival Belia Sejahtera bagi meraikan para belia dan beliawanis negeri Kedah. Pada 8 Jun 2012, bermula jam 9.00 pagi, diadakan pertandingan mewarna bagi pra sekolah. Seterusnya jam 10.00 pagi, diadakan pula Majlis Perasmian oleh YB Dato' Dr Hamdan B Mohammad Khalib.

Selesai majlis perasmian, diteruskan dengan Bicara Hijrah oleh Bell, baru sahaja memeluk Islam dan Ustaz Syed Abd Kadir Al Jofre, Personaliti TV9 dan TV Al Hijrah. Pada jam 3.00 petang, diadakan pula Sukaneka Beliawanis dan hadiah disampaikan oleh YB Dato' Ustazah Aishah Bt Ghazali.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.