Pendirian Majlis Guru - guru Pondok Mengenai YPP1M

DEKLARASI

“MENOLAK PENYERTAAN KE DALAM YAYASAN PEMBANGUNAN PONDOK 1 MALAYSIA”

Madrasah Manabi’ Al-Ulum Ad-Diniah

Kg. Pida Dua, Telaga Batu, Mukim Jeram, Jitra, Kedah

1 November 2012

1. Adalah kami sebulat suara menolak penyertaan pondok-pondok kami ke dalam YPP1M. Bahawa kami tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, sekaligus mendesak agar nama pondok-pondok kami dikeluarkan serta merta dari senarai YPP1M.

2. Sebagai tanda kepada penolakan ini kami menegaskan bahawa semua anggota kami tidak akan hadir ke majlis bersama Perdana Menteri pada 8 November akan datang.

3. Bahawa kami amat menyedari penubuhan ini bermotifkan politik khususnya kepada Umno yang semakin tenat di hujung usia. Malah kami amat mempersoalkan penubuhannya di saat hampir menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dilihat lebih menjurus kepada tarikan undi.

4. Dengan tegas kami menyatakan bahawa pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional sedang cuba memperalatkan guru-guru pondok dan pengaruh mereka bagi tujuan berkaitan.

5. Adalah kami ingin mengingatkan, bahawa di bawah teraju Barisan Nasional, institusi pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) pernah cuba dibunuh dengan penarikan bantuan perkapita dan tuduhan melampau sebagai markas militan.

6. Malah, sejak lebih 50 tahun, institusi pondok dan SAR tidak pernah diberi peruntukan khusus menerusi Bajet Tahunan Negara sepertimana dinikmati institusi pendidikan lain.

7. Sekiranya YPP1M benar-benar tulus untuk membantu institusi pondok, kami menggesa sebarang bentuk bantuan atau sumbangan disalurkan menerusi akaun bank majlis ini. Pun begitu, pihak kami akan meneliti terlebih dahulu sebarang syarat penerimaan yang mungkin dikenakan sebelum menyatakan persetujuan penerimaan.

8. Suka juga kami menegaskan, bahawa ulama dan institusi pondok wujud lebih awal sebelum kewujudan institusi kerajaan dan pelopor kepada perjuangan kemerdekaan ke arah menegakkan pemerintahan Islam yang dinafi dan dibuli pemerintah sejak sekian lama.

USTAZ MOHD REJAB BIN MD AKHIR

Pengerusi

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.