Ijtimak Qurra Dan Huffaz Negeri Kedah 2013

23 Februari 2013
Dewan Seri Mentaloon
Anjuran : Majlis Huffaz HESA



Majlis Huffaz HESA merupakan salah satu majlis yang dibentuk pada MEI 2012 di bawah naungan Pertubuhan HESA. Penganjuran program Ijtimak Qurra’ & Huffaz Negeri Kedah ini juga merupakan salah satu inisiatif dan kerjasama yang baik di kalangan ahli jawatankuasa Majlis Huffaz HESA bagi menyatupadukan semua institusi tahfiz yang terdapat di dalam negeri Kedah dan menjadi medan untuk bertukar tukar pandangan dan berkongsi idea dalam membangun dan memperkembangkan institusi tahfiz. Dalam pada masa yang sama, program ijtimak ini mampu menjadi tali penghubung di antara institusi tahfiz dengan pihak kerajaan negeri Kedah. Selain daripada itu, ia juga bertujuan bagi menghimpunkan para huffaz dan qurra di seluruh Negeri Kedah serta mengeratkan hubungan diantara satu sama lain. Seramai 31 buah institusi beraliran tahfiz yang hadir didalam perhimpunan ini. Jumlah keseluruhan hadirin yang hadir dianggarkan seramai 1500 orang.

Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dengan persembahan bacaan taranum dan qiraat oleh qari jemputan. Antara qari yang hadir ialah Ustaz Muhammad Musa (Pengerusi Yayasan Al Huffaz), Sheikh Roslan B Abdul Halim (Imam Masjid Zahir), Ustaz Megat Mohd Zaid (Imam Muda 3), Tuan Haji Abdul Haq, Adik Ahmad Najib B Dato Nasharudin Daud dan dipengerusikan oleh Ustaz Zhafran (Pengacara Dae Millenia TV3).

Setelah selesai persembahan, majlis diteruskan dengan Kuliah Perdana yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din. Selesai kuliah, Tuan Guru menyampaikan anugerah kepada tokoh – tokoh yang dipilih. Ustaz Muhammad Rodi Abd Rahman (Tokoh Pengasas Tahfiz), Sheikh Kadri Abd Hamid (Tokoh Huffaz) dan Tuan Hj Abd Haq (Tokoh Qari).Kemudian, diadakan majlis khatam Al Quran oleh pelajar – pelajar tahfiz yang hadir.

Diakhir sekali, Dato' Mohamed Taulan B Mat Rasul, Exco Agama Dan Pendidikan Negeri Kedah hadir bagi meyempurnakan Majlis Penutup. Diharapkan agar Ijtimak Qurra Dan Huffaz ini dapat menjadi titik tolak kepada bangkitnya generasi huffaz dan qurra khususnya di Negeri Kedah dan Malaysia amnya.


Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.