Majlis Ulama' Bersama Ummah

Sempena Ziarah Ulama' Fathani - Kedah 2014
23 Feb 2014
Markaz At Ta'lim Wat Tarbiah

Ijtima' ini merupakan cetusan idea Ust Ismail Mahmud, Mudir Markaz At Ta'lim Wat Tarbiah dengan hasrat dan niat untuk mengeratkan hubungan diantara ulama' Fathani dan Ulama' Kedah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejarah perkembangan ilmu thurath di Fathani dan Kedah mempunyai hubungan dan kaitan yang sangat rapat dan kuat. Sehubungan dengan itu, HESA melalui Majlis Guru Pondok merasakan cetusan idea ini perlu direalisasikan bagi menyubur-harumkan hubungan yang sudah lama terjalin ini supaya menjadi manfaat kepada masyarakat umumnya dan warga pondok khususnya. Diantara objektif yang ingin dicapai dalam majlis ini adalah membina tautan mahabbah dan kesefahaman dikalangan ulama' dalam usaha memartabatkan ilmu, memposisikan ulama' sebagai pemimpin dan pencorak ummah, membina kerjasama dalam bidang penulisan, penerbitan, dan pengedaran kitab-kitab thurath dan menjalinkan hubungan perniagaan dengan para usahawan muslim di kedah terutamanya dalam pengeluaran produk Halal.



.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.