HARI KEDUA : Lawatan Ke Bogor

Pada hari kedua lawatan HESA bersama dengan Majlis Guru Besar, telah diadakan lawatan dan ziarah ke sebuah institusi pendidikan di Bogor. Alhamdulillah, setelah check out dari Hotel Pangrango, rombongan terus bergerak menuju ke Pesantren Darul Muttaqien dan tiba disana pada jam 9.30 pagi. Sampai di sana, peserta rombongan di sambut mesra oleh kakitangan pentadbiran yang terdiri daripada penyelaras-penyelaras di peringkat rendah, menengah dan juga pra universiti. Kami terus di bawa melawat di kawasan sekitar pesantren tersebut, dan yang begitu memeranjatkan peserta lawatan, keluasan pesantren tersebut menjangkau 12 hektar. Apabila diajukan pertanyaan kepada pihak pesantren tersebut, kawasan tersebut terdiri daripada tanah wakaf dan perbelanjaan pesantren tersebut tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa lawatan ke pesantren tersebut.

Bogor (1)
Bogor (10)
Bogor (2)
Bogor (3)
Bogor (4)
Bogor (5)
Bogor (6)
Bogor (7)
Bogor (8)
Bogor (9)

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.