Pengenalan

Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) ditubuhkan pada 2 April 2008, di dalam satu Majlis Pertemuan Para Pentadbir Sekolah Agama yang tidak berdaftar atau menerima sebarang bantuan di Sekolah Integrasi Faizin (SAIF), Guar Chempedak. Di dalam pertemuan tersebut, para pentadbir telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang berperanan sebagai Pengurus Kebajikan dan Penghubung  di antara mereka dengan Kerajaan Negeri Kedah.

Pada 7 April 2008, satu Kertas Cadangan Penubuhan Unit Hal Ehwal Sekolah Agama (UNIT HESA) telah dikemukakan dan dipersetujui. Pada 9 April 2008, penubuhan UNIT HESA telah diumumkan secara rasminya di dalam Majlis Pertemuan Para Pentadbir Sekolah Agama (tidak berdaftar/menerima sebarang bantuan) kali ke-2 di SAIF. Pada 2 Jun 2010 UNIT HESA telah didaftarkan dengan nama Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) sebagai satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) melalui Ikatan Amanah.

Di awal penubuhan HESA sebanyak 21 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah-sekolah agama rakyat yang tidak menerima sebarang bantuan  telah mendaftar di bawah HESA. Alhamdulillah, kini dengan usaha yang berterusan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak, pada bulan September 2013 terdapat 76 buah institusi pendidikan Agama  (SMI / SRI / Tahfiz / Sekolah Pondok / Pondok / Sekolah Pemulihan / Sekolah Integrasi) telah bergabung di bawah HESA.

Melihat kepada perkembangan yang sangat baik dari sudut pendaftaran, kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua sekolah / institusi pendidikan Agama di bawah HESA, pada bulan Disember 2011, HESA terus mengorak langkah dengan mengemukakan borang permohonan untuk berdaftar secara rasmi di bawah pendaftar pertubuhan Registrar of Society (ROS).

Alhamdulillah, permohonan untuk mendaftar sebagai Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA) telah diluluskan pada 20 Disember 2011 yang lalu dengan nombor pendaftaran pertubuhan 5432-11-KDH. Semoga dengan pendaftaran HESA sebagai sebuah pertubuhan yang rasmi dan sah ini nanti akan melayakkan HESA untuk menerima sumbangan kewangan daripada mana-mana pihak termasuk Kerajaan Negeri Kedah untuk membiayai program-program yang dianjurkan oleh HESA.

Hubungi Kami

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
Kampung Pondok Haji Majid,
08800 Guar Chempedak,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

04-4470014 04-4619637
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.